Sunday, December 26, 2010

Dear God

I asked for strength
and He gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom
and He gave me problems to save
I asked for prosperity
and He gave me brain and energy to work
I asked for courage
and He gave me danger to overcome
I asked for love
and He gave me trouble people to help
I asked for favours
and He gave me opportunities to make it
I received nothing I wanted
But I get everything I needed

Thank You Ya Allah  :)

Wednesday, December 8, 2010

The Pursuit of Happiness

Kadang-kadang aku tertanya "Benarkah bahagia itu ada? Benarkah cinta itu ikhlas? Benarkah pandangan itu? Benarkah kamu ini mimpi indah atau sekadar sebuah ilusi yang menghancurkan?"

Berkali-kali kamu menyakiti hati ini, berkali-kali aku mengungkap benci padamu, padahal tidak ada sekelumit pun di dalam hati.

Ah sememangnya wanita amat buta dan tuli bila menyayangi lelaki, namun payah untuk lelaki menghargai cinta wanita untuknya.

Mengapa kamu tak pernah mengerti atau aku yang masih tidak faham-faham?

Pergilah, kerna di saat kamu mula menyedarinya aku telah pun pergi jauh dari kamu..

Saturday, January 30, 2010

Stop Doing This!!


Macam mana aku nak mulakan setelah lame menyepi dari blog ni kerana dihambat kesibukan..Ya, kebelakangan ni kerja aku banyak..Jangan ingat kerja kat goverment ni goyang kaki ye, sebenarnye tak jugak..

Owh..tak tau macam mana nak mulakan ayat ni..aku sebenarnye amat bengang dengan..Entah kenapa ye kaum lelaki ni suka sangat nak mainkan hati perempuan?!

Mungkinkah aku kalah dengan perasaan sendiri? Atau aku yang tertipu dengan sifat luaran dia yang hanya palsu sebenarnya? Tapi kenapa dia terlalu baik dengan aku? Terlalu mengambil berat tentang diriku? Terlalu 'sweet' bila dengan aku?

Sebenarnya siapa aku di hati dia? Mungkinkah aku sama dengan teman lain yang boleh dia permainkan perasaan? Dan bila tiada tempat bersandar dia kembali mencari aku?

Ya, setiap kali dia perlukan teman bicara, akulah pendengar setianya..Tika dia keresahan kerana sedih ditinggalkan kekasihnya yang tak berhati perut, akulah yang berada di sisinya menenangkan perasaan kecewanya..Bila dia kesempitan akulah yang sedia menghulur tangan untuk membantu..Tapi pernahkah dia berada di sisi ketika aku perlukan seseorang untuk meluahkan sakit di hati?

Berita yang aku terima petang semalam amat menghancurkan hati..Syukur aku masih boleh ketawa sedangkan hati berlagu pilu bila mendengar si dia telah berjumpa pengganti baru..Pagi itu baru sahaja aku gembira kerana dia terlalu mengambil berat tentang diriku..Tetapi setelah itu..Semudah itu? Sepantas itu? Sedangkan selama ini aku yang selalu berada di sampingnya? Tidakkah dia mengerti apa yang tersirat di hati ini setiap kali aku melihat ke arahnya?

Mengertilah aku yang aku ini terlalu bodoh kerana telah sekadar menjadi tempat melepaskan lelahnya ketika dia keletihan dalam mengharungi dugaan hidup ini..Ketika rasa sayang mula singgah di jiwa, dia memusnahkan segala-galanya! Kenapalah aku begitu buta selama ini? Aku tulikan telinga kerana aku percaya dia tidaklah seperti yang dikatakan..Aku sangka dia dah berubah tapi percaturanku silap!

Aku sangkakan Cinderella telah menemui puteranya tetapi tersalah orang! Bagaimana hendak aku melihat wajahnya lagi selepas ini? Bertambah parah hati aku dibuatnya..Ya Allah, bantulah aku supaya boleh terus bersabar & bertahan berada di situ Ya Allah..Hilangkanlah kesedihan di hatiku Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang berkuasa di atas segala sesuatu..

Dan aku takkan tunjukkanku amarah kerana aku tahu segala yang berlaku tetap akan berlaku dimana kudratku Dia yang menentu..Terima kasih awak kerana telah mematahkan sekeping lagi hati..