Wednesday, February 9, 2011

berteman sepi

ramai orang di sekelilingku sekarang ini..suasana riuh rendah, hiruk pikuk dengan kemeriahan yang pelbagai, penuh dengan gelak senda saudara mara..aku juga turut sama..mengukir senyuman palsu yang sumbing..

entah mengapa masih terasa hening, hambar di sini..terus terang saja, aku merasa amat sepi dan keseorangan pada masa ini..mungkinlah kerana kehilangan 'dia'?

benar, aku cemburu pada mereka di sekeliling yang mesra berpacaran..kebahagiaan terserlah antara mereka..sedangkan aku? masih di sini berteman sepi..

cuba aku mencari cinta hakiki, cinta sejati, tapi usai masih aku terdamar di daerah ini..daerah kelahiran yang amat asing sekarang..aku telah menjadi orang asing di sini..

perasaan kecewa, masih menelusuri lubuk hati..sekalipun air mata tidak lagi membasahi pipi, tapi kadangkala dapat dirasakan perlahan ia mengalir lesu di dalam hati ini..

ya aku kecewa kerana telah bersusah payah mendapatkan segulung ijazah dan akhirnya aku di sini..sedangkan mereka yang lain bekerja seperti tidak bekerja, berpoya di sana sini terus hidup senang lenang tapi aku hidup susah..tak dapat menyumbang apa-apa untuk keluarga..terasa begitu hinanya aku di mata mereka..aku kecewa kerana tiada siapa sudi meminjamkan telinga untuk mendengar suara hati ini..aku sedih kerana mereka tidak peduli akan diriku..aku sedih kerana adik sendiri lebih sibuk melayan boyfriend berbanding darah daging sendiri..

ingin saja aku pergi jauh-jauh dari sini..tapi aku tiada kemampuan untuk berbuat begitu..kadang kala, aku berangan untuk pergi bercuti seorang diri tapi apakan daya, dengan gaji RM300 kerja cashier di Jusco, aku hanya mampu terus bermimpi sedangkan orang lain sudah sampai ke bulan bintang.

tiba-tiba teringat pok diey yang menelefonku beberapa minggu lepas..ya dia seorang 'abang' yang prihatin walaupun agak sewel..dia tahu aku tidak gembira..dia tahu aku kecewa..tapi aku bermati-matian menafikan kerana aku tidak mahu dia tahu kesedihan yang melanda hidup ini..aku takut jika dia dapat membaca fikiranku..aku malu jika dia tahu aku seorang yang lemah jiwanya..bagaimanapun, aku amat berterima kasih pada dia kerana mengambil berat tentang diriku..dia lelaki yang budiman..semoga dia bertemu jodoh dengan wanita yang selayaknya..

saban hari aku menunggu berita baik berkenaan kerja..aku benar-benar berharap aku mendapat pekerjaan yang selayaknya dengan kelulusan aku..namun tidaklah bermakna aku memandang rendah pada kerja sekarang, cuma aku tidak ada minat dengan pekerjaan yang melibatkan duit ini..kalau duit yang hilang kita buat tak apa, ini orang lain yang buat short kita punya gaji yang ditolak..what's for??

aku bertahan kerana aku perlu membayar ansuran kereta..itu saja..maka aku sabarkan hati walaupun kadang-kadang agak menyampah dengan kerenah orang-orang di sini, baik customer, baik cashier..all the same..kerja penat tapi gaji ciput..dan pesan supaya tidak terlalu mempercayai orang membuatkan aku lebih selesa buat hal sendiri di sana..