It's a 1st new year present. But I don't get what I wish. It's more to hit my head with a big stone, or stab me at my heart. I really hope it's just a nightmare, but too bad its not.
Ya, dia yang ditunggu, dia yang dinanti, dia yang dicari selama sepuluh tahun kini telah kutemui - secara maya. Dah lama sebenarnye buat taktik ni..put his full name and google it online. Tapi baru pada hari bersejarah itu telah kutemui jawapannya.
Alhamdulillah..dia dah berjaya. Bekerja di bahagian korporat di JKR Putrajaya. Dan jawatan yang disandangnye ialah Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - jawatan yang entah ke berapa ratus kali kupohon tapi hanya berjaya di bahagian assessment sahaja.
Dia benar-benar telah berubah. Wajah comel dulu berubah menjadi seorang lelaki yang kacak. Tapi bukan rupa yang aku pandang. Sebelum ini pun aku telah menantinya dengan sabar, kehilangannya yang aku kesali aku sulami doa saban hari, semoga bertemu dirinya suatu hari nanti.
Dan di sinilah titik pertemuannya. Pertemuan yang aku impikan yang indah-indah, yang membawa hubungan lebih dari kawan, rupanya malang bagai lautan menghempas perkhabaran ini. Dia, lelaki yang aku kasihi lebih daripada sepuluh tahun telah pun bergelar suami pada tahun lepas, dan baru menimang baby girl pula.
Aku???
Di sini aku telah mensia-siakan separuh dari masa mudaku menunggu sesuatu yang belum pasti. Lamaran dari seorang lelaki yang baik telah aku tolak kerana yakin akan bertemu dia suatu hari nanti. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan??
Malam itu apa yang mampu aku lakukan ialah menangis dan menangis hingga tertidur. Mujurlah Angah tidak ada kerana kerja syif malam. Aku tidak tahu apakah perasaan itu. Perasaan yang paling banyak tentulah KECEWA & SEDIH kerana kehilangan CINTA.
Ya Rabbi, mengapakah ia datang bertimpa-timpa? Sejurus selepas kontrak kerja tidak disambung dan aku masih terkontang-kanting mencari kerja baru, aku dihenyak pula dengan perkhabaran ini hingga tidak mampu lagi hendak berdiri rasanya.
Pada siapa hendak aku kongsikan perasaan ini sekarang? Angah? - Lebih banyak masa untuk 'Ayang' tersayangnya..Jika diceritakan pasti jawapannya "Udahla tu, carilah yang lain.." Angah, jika begitu mudah mencari cinta..Kawan-kawan? Entahla aku rasa tak ada siapa yang mampu memahami perasaan ini. Ija? Tidak perlu lagi aku ganggu dia dengan kisah putus cintaku ini. Teman-teman yang lain pun semuanya sibuk membina keluarga. Pendamkan saja segala rasa sepi ini. Diam dan bisukan saja semuanya..Kelak, lambat laun kau pasti akan lupakan dia.. Bolehkah? Semudah itukah untuk aku melupakan dirinya selepas 10 tahun ini? Ya sekali lagi air mataku jatuh bergenang, berlinangan saat menaip entri ini..
Cukuplah setakat ini. Pencarian ini telah menemukan jawapannya. Jawapan yang terlalu pahit dan amat pedih untuk kuterima. Tak apa, perlahan-lahan aku akan padamkan dia dari memori ini. Memang sukar setelah hari-hari aku tempuhi dengan harapan bersama dia dan akhirnya hancur begitu sahaja? Kenangan? Tak banyak. Poskad yang dia kirimkan telah hilang semasa aku di UiTM dulu. Yang ada cuma nama dan wajah dia di hati ini.
Semoga dia terus berbahagia dengan kerjaya & keluarganya di sana. Wanita itu amat bertuah, berjaya menawan hatinya. Sedangkan aku?? Aku tidak ada dalam sekelumit ingatannya pun, apatah lagi di hati dia..aku GAGAL..
Saat ini aku renung awan gemawan dalam pekat gelapnya malam..Benarkah kelak ada sinar bahagia untuk diriku?
Insya Allah..
I'm just trying to let go..
Selamat tinggal cinta..Noktah..
Wednesday, January 5, 2011
Monday, January 3, 2011
a fallen angel
an angel hurt her wings
she fall down to nowhere
nobody help her there
they saw her but just ignore
angel felt so sad
why no one try to understand and help me??
she had no family, no friend, no love
in this new moon
all that she did just cried
and pray
may she'll find the way back one day
angel
you're beautiful
you're kind
but never smile
since she lost the love
the sun stop shining
the world was silence in darkness
and cold
has she became the snow queen?
which has fragile heart
as she forgot how to be happy
she was at her place
but lose herself
dear god
please bless pity angel
give her some love that never end
to keep the sun shine its brightness
and warmth to the world
to bloom the flowers
so that she can smile again
she fall down to nowhere
nobody help her there
they saw her but just ignore
angel felt so sad
why no one try to understand and help me??
she had no family, no friend, no love
in this new moon
all that she did just cried
and pray
may she'll find the way back one day
angel
you're beautiful
you're kind
but never smile
since she lost the love
the sun stop shining
the world was silence in darkness
and cold
has she became the snow queen?
which has fragile heart
as she forgot how to be happy
she was at her place
but lose herself
dear god
please bless pity angel
give her some love that never end
to keep the sun shine its brightness
and warmth to the world
to bloom the flowers
so that she can smile again
Subscribe to:
Posts (Atom)