Monday, October 26, 2009

Selamat Pengantin Baru

Lately banyak sangat hal, so tak sempat sangat nak update blog ni.  Minggu lepas sibukkan Kak Shima kawen..memang penat giler rasenye, itu baru tolong je..kalau sendiri yang kawen entahlah..

Aku memang salute habis kat Kak Shima sebab wedding ni die yang uruskan sume.  Maklumla, arwah Pak Tam dah tak ada, Mak Tam pulak tak berapa sihat sekarang ni.  Die pulak anak tunggal, jenuhla tertonggeng-tonggeng wat sorang-sorang.  Aku yang tak bape jauh ni pun tulon sikit-sikit je, tu pun last minit..Maklumle bile dah bekerja ni susah sikit nak bergerak.  Nak mintak cuti pun punyela payah sebab hari Kak Shima kawen tu ade Hari Kokurikulum kat sekolah aku.  Name aku pulak jadi macam-macam, AJK Penginapan la, AJK Senaman Riadah la..tup tup aku takleh menghadirkan diri, cikgu-cikgu tu cam bengang jee..huhuhu...

Alah tahun depan kan ade lagi, nanti aku jagelah budak-budak tu..Lagipun sape lagi yang nak jadi pengapit? Aku jugak...Bukan senang jadi pengapit ni. Aku pakai heels 4 inci pun still takleh sama ngan ketinggian pengantin..Tapi cube tengok, pengapit lelaki tu selebet jee..hish merosakkan gambo tol..Hehehe..
Oh ye, gembira rasenye sebab dapat berkumpul lagi..walaupun penat sebab persiapan di saat akhir, tapi hati ni puas dapat tolong Kak Shima. Oklah tu..Walaupun pada orang lain tak meriah macam kat hotel-hotel tu, tapi majlis ni tetap 'avant garde' pada pandangan mata aku..
Bile majlis dah berakhir, lega rasenye..Maklumla kitorang antara keluarga rapat yang tolong menguruskan wedding ni..Syukur semuanya berjalan lancar walaupun ade cerita yang tak berapa best sebelum majlis pernikahan Kak Shima..tapi tak apelah, semuanye dah berlalu pun..lantaklah orang yang berhati busuk tu..Janji kita tak berhutang apa-apa ngan diorang kan?

Aku rasa Mak Tam mesti gembira sebab dah ada somebody yang jaga Kak Shima.  Mungkin Mak Tam boleh consider jumpe dengan Abang Badrul pulak untuk discuss tentang masalah kaki dia..Kesian sangat aku tengok, aku boleh dengar sendi tu berdetup-detap bila Mak Tam nak bangun or duduk. Ntahla aku ni sensitif kalau tengok orang tua..tersentuh hati dibuatnye..Huhuhu..
Apepon, Selamat Pengantin Baru buat Kak Shima dan hubbynye, Abang Cho.  Semoga bahagia sampai ke anak cicit ok!

Monday, October 5, 2009

Aku Sayang Rindu Kamu


Dah dekat setahun Woha hilang.  Kali terakhir nampak die lepas amik Angah dekat Shah Alam.  Esok pagi terus hilang tak balik-balik dah.

Puas jugak kami cari Woha.  Aku sendiri sampai termimpi-mimpi dalam tido.  Yang ralat sangat Woha baru elok dari sakit masa dia hilang tu.  Baru je bawak gi klinik sebab die macam ade sindrom 'kelumpuhan sementara'. Tak tau la kene kidnapped ke kot. Nak kata mati tu macam tak boleh terima sebab die dah ok..Lagipun sebelum ni memang ramai yang berkenan kat Woha.. Kucing cantik, pandai, gebu pulak tu macam tuannye..Jadi, aku amat pasti someone telah menculik dan mengurung Woha..Huhuhu..

Kesian Mok dengan Ocek.  Jadi anak yatim piatu dah dorang. Mase mak diorang hilang, macam biul sekejap kucing aku 2 ekor ni.  Termiau-miau sekeliling umah macam budak kecik..Padahal dah 9 tahun.. Nasib baik neneknye ade jage diorang..  Sape lagi, mak akula, Pn. Salamah... Hehehe

Woha, we still miss u every single day..

Thursday, September 24, 2009

SaLaM AiDiLfiTri

Akhirnya Aidilfitri tiba lagi setelah Ramadhan beransur pergi.. Em, sedih jugak meninggalkan bulan Ramadhan ni maklumlah banyak keistimewaan yang dapat sepanjang bulan mulia ni kan..Tapi masa tetap akan berlalu..


Anyway, tahun ni aku tetap bersyukur sebab tahun ni dapat berkumpul dan beraya kat rumah Mak Tam kat Tapah. Seronok sangat sebab kali ni semua balik. Kalau tak tu, tiap-tiap tahun mesti tak cukup 'korum'. Tambah-tambah ade Pak Su, lagila meriah dan ceria suasana raya tahun ni. Kalau tak tu agak sepi jugak.  Dulu masa zaman budak-budak seronok sangat menunggu raya, maklumlah nama pun budak-budak.  Macam-macam aktiviti dulu masa kecik-kecik..Kutip duit raya, try baju baru, kasut baru, menyibuk kat dapur (bukan tolong ape, tolong makan je), main bunga api, main mercun sampai terbakar baju raya(Pak Long menjeling je, maklumla Ketua Bomba Negara)..hehehe..tahun ni pun yang selalu berkumpul pun.  Bulan Januari tu wedding Abang E, lepas tu engagement si Yatie..kalau tak setahun sekali jelah berjumpa kami.

Sekarang ni kemeriahan raya tu dah agak kureng.  Pada akula, orang lain aku tak pasti..Entahlah kenape ye..Mungkin sebab semua dah meningkat dewasa kot.  Tapi aku suke sangat time raye ni sebab masa ni lah nak jumpa sepupu sepapat yang setahun sekali je dapat berjumpa.  Taklah jauh sangat KL-Tapah sebenarnya, tapi sebab masing-masing dah kerja, ada komitmen sendiri susahla nak jumpa.  Diorang kat KL duduk dekat-dekat selalu la kumpul kat rumah Pak Long Badar atau Mamak Duan, tapi kitorang di Ipoh ni susahla sikit nak ke sana.  Ade jugak Ayu ajak lepak-lepak kat Kajang, tapi itulah masing-masing sibuk, Angah kadang-kadang Sabtu kena kerja, maklumlah kerja kat hospital ni tak tentu masa.  Aku kalau sorang-sorang tak best jugak kan..Last sekali gi Kajang masa si Yatie bertunang, tu pun aku ngan Angah je, wakilkan mak sebab mak ada aktiviti kat sekolah die.
 
Sempat jugaklah kami beraya kat rumah Mamak Mail ngan Mamak Latif (gelaran mamak ni adalah pakcik dalam bahasa Rawa, bukan mamak maidin yek).  Seperti biasa, anak-anak daro keluarga kami la yang jadi tukang hidang ngan tukang buat air sebab family kitorang kurang perempuan..Takpelah, sekali sekala kan..Lagipun tahun depan ada antara kami yang bakal jadi isteri seseorang..Feel mesti dah tak sama kan..huk huk..

Ok, sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ni, kemaafan dipohon dari semua andainya pernah berlaku silap di mana-mana.  Maklumlah tiada manusia sempurna di dunia ni..Mesti ada terselit buat salah sedar tak sedar pun. Untuk mak, terima kasih masak rendang yang sedap tu walaupun kerisik yang abah beli tu telah men'spoil'kan sikit keenakan rendang daging tu (gemukla gua balik)..

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..

Friday, September 18, 2009

I'm Home!

Seronoknye dah sampai rumah setelah melalui macam-macam dugaan minggu ni..Petang semalam balik dengan housemates aku, si Yanie ngan si Ad. Segala-galanya berjalan dengan lancar (dah banyak kali aku balik dengan Ad, die memang pemandu berhemah), cuma hujan agak lebat, sampaila kat highway Tapah.  Guess what? Ade kereta hentam kitorang dari kanan! Padahal kitorang kat lorong belah kiri! Dan Ad takde pulak membelok ke ape! Dahla aku yang duduk kat seat penumpang belah kanan keretanya yang kena langgar tu! Subhanallah! Aku terjerit dalam kereta sebab yang sondol tu lebih besar dari Kancil Ad.  Kitorang dah tertolak sampai garisan belang dekat susur keluar ke Tapah.  Kalaulah masa tu ada lori ke treler ke kat belakang, entahlah.

Nak dijadikan cerita, ade satu mamat bawak Wira hitam berhenti tepi jalan. Aku mati-mati ingat die sebab aku nampak kete yang langgar kereta kitorang tu kaler hitam.  Turun je dari kereta (masing-masing dengan muka yang masih kebingungan) terus aku sound mamat tu.  Die macam confuse gak, pastu berlari-lari tengok kereta die.  Kitorang punyela bengang, dah langgar kereta orang nak sibuk-sibuk tengok kereta sendiri pulak. Tambah bengang lagi bile die tanye "What happens?"  Hai dah langgar orang leh tanya camtu lagi?  Aku tunjuk kat die pintu kereta Ad yang dah kemik giler tu.  "Camne awak bawak kete?" ceh aku terus menggasak mamat tu sebab aku tengok Ad macam tak tau nak cakap apa..Hilang sebentar ke'ayu'an kerana terlalu geram dan terkejut tahap gaban.

Mamat tu kata dia rasa bukan dia yang langgar sebab kalau dia langgar mesti sekurangnya lampu atau bumper kiri die kemik memandangkan pintu kereta Ad tu memang kemik sangat.  Aku soh Ad check kereta mamat tu, betul ke cakap mamat ni, manela tau saje kelentong nak lepaskan diri (aku rasa dia student kot).  Kami bertiga meredah hujan lebat nak tengok betul ke tak mamat ni cakap.

Betul la, kereta dia takde apa-apa pun.  Mustahil gak sebab hentaman tadi pun kuat, takkan sikit pun tak kemik kan.  Dia kata dia pun dengar bunyi hentaman and dia ingat dia yang langgar tapi bukan!  Alamak, kitorang dah salah marah orang la! Dia tak bersalah rupanya!  Rupanya kitorang ni mangsa langgar larilah!

Dengan muka yang sangatlah malunya kitorang mintak maap kat mamat tu sebab tuduh dia.  Nasib baik dia okey, siap tanya lagi ade apa-apa tak yang dia leh tolong?

Dipendekkan cerita, plan nak berbuka puasa dengan family terbantut sebab accident tu.  Sudahnye kitorang berbuka kat KFC Tapah je sebab nak kena buat report kat Balai Polis Tapah.  Kesian Ad, bapak die sampai datang dari Ipoh sebab risau. Hari tu balik rumah dengan hati yang sebal dan terkejut sebab kene langgar.  Alhamdulillah, syukur kitorang semua tak apa-apa.Siap masih boleh bergelak ketawa dalam perjalanan balik walaupun masing-masing still 'trauma' sebab kejadian ni.  Ad, jangan risau, bukan salah ko, kereta bodoh tu yang langgar kita..

Macam-macam hal minggu ni. Dimulakan dengan insiden Yanie dan aku jatuh motor dalam sekolah aku dan penutupnya kereta Ad kena sondol dengan kereta hitam bodoh yang aku tak nampak jenis dan nombor platnya.  Yang pasti kaler kereta tu hitam.  Tak apelah kali ni dia lari, balasan Allah tu lebih adil, cuma cepat atau lambat je.  Sabar jelah..Takpelah, dugaan dan cabaran tu membuatkan hati lebih cekal bila mendapat musibah kan?  Pasti ada hikmah di sebaliknya..Hanya Allah yang tahu..

Ad, berapa RM terbang kene ketuk balik pintu kereta tu?

Tuesday, September 8, 2009

Kerja Oh Kerja..

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih aku keje sebagai Fasilitator Schoolnet (FS) kat SK Ulu Slim ni. Mula-mula sampai kat sini, aku dilanda keboringan tahap cipan. Maklumla tempat aku ni letaknye di pedalaman. Maka, bagi aku yang selama ni tak pernah duduk di kampung sebelum ni, macam kena culture shock sikit..Dahla mula-mula sampai aku rase makmal ni macam berhabuk je..Macam lame tak digunakan..Eee seram dibuatnnye kalau tak kuat semangat..Dahla ade yang memomokkan cerita..Hehehe

Kerja FS ni pun mula-mula agak membosankan.  Maklumlah dah 2 tahun aku kerja swasta, dah biasa kerja macam nak gila, tiba-tiba got nothing much to do. Mati kutu dibuatnye. Dahla aku ni jenis tak boleh dok diam je..Aku siap offer diri kat cikgu-cikgu ngan kerani sekolah if there's anything i should help..Dalam hati tertanya-tanya "Eh aku ni takkan makan gaji buta kot?" Dahla masa tu fail meja tak ada, dan aku pun tak faham sangat skop kerja FS ni. But from time to time, perlahan-lahan aku mula rasa selesa duduk and keje kat sini. Udara kat kampung ni nyaman je, pagi ngan petang tengok kerbau kambing..Hari minggu pulak layan blues tepi sungai dan macam-macamla aktiviti aku dan housemates aku..Hahaha..Jadi gadis desa sejatila aku..

Aku buat program kelas ICT untuk murid-murid sekolah ni..dan membantu ape-ape yang patut berkaitan dengan ICT sekolah. So far takde masalah, maklumla nak handle budak-budak ni takla teruk macam nak deal ngan adult kan..Cumanye kalau bab-bab teknikal tu aku kurang mahir. Lagipun komputer banyak yang dah kong..Kesian budak-budak ni berebut-rebut nak masuk kelab yang aku buat ni..Anak PK HEM pun sampai nangis-nangis sebab terpaksa aku tolak borang permohonan die nak masuk Kelab Komputer yang aku buat ni disebabkan komputer yang sangatlah limited kat makmal ni..Karang ramai sangat tak jadi pulak..Tapi itulah, kesian..Nantila aku bodek-bodek Guru Besar untuk buat pelupusan.  Sebenarnye memang patut dah kena lupus pun sebab yang ni 2002 punya batch..  Kira otai gak la kan..

Herm..pengalaman aku lak, takat ni OKla..Kalau diorang tanye "Kak Miss, kenapa komputer ni tak boleh pasang?", aku check kemudian dengan confidentnya aku jawab "Awak, komputer ni bateri dekat CPU dah kong, awak pakai komputer yang tu ye.." Ceh, bile tanye Cikgu IT, nasib baik betul bateri kat CPU tu dah nyawa-nyawa ikan pun..Emm, seronok juga mengajar budak-budak ni, yelah dulu cita-cita aku cikgu tapi tak kesampaian sebab mak aku rasa aku tak sesuai..lemah gemalai sangat..Sape sangka sekarang walaupun bukan dapat title cikgu secara official tapi orang-orang kampung tetap panggil aku cikgu..Hihihi..Chaiyokk!!!