Thursday, September 24, 2009

SaLaM AiDiLfiTri

Akhirnya Aidilfitri tiba lagi setelah Ramadhan beransur pergi.. Em, sedih jugak meninggalkan bulan Ramadhan ni maklumlah banyak keistimewaan yang dapat sepanjang bulan mulia ni kan..Tapi masa tetap akan berlalu..


Anyway, tahun ni aku tetap bersyukur sebab tahun ni dapat berkumpul dan beraya kat rumah Mak Tam kat Tapah. Seronok sangat sebab kali ni semua balik. Kalau tak tu, tiap-tiap tahun mesti tak cukup 'korum'. Tambah-tambah ade Pak Su, lagila meriah dan ceria suasana raya tahun ni. Kalau tak tu agak sepi jugak.  Dulu masa zaman budak-budak seronok sangat menunggu raya, maklumlah nama pun budak-budak.  Macam-macam aktiviti dulu masa kecik-kecik..Kutip duit raya, try baju baru, kasut baru, menyibuk kat dapur (bukan tolong ape, tolong makan je), main bunga api, main mercun sampai terbakar baju raya(Pak Long menjeling je, maklumla Ketua Bomba Negara)..hehehe..tahun ni pun yang selalu berkumpul pun.  Bulan Januari tu wedding Abang E, lepas tu engagement si Yatie..kalau tak setahun sekali jelah berjumpa kami.

Sekarang ni kemeriahan raya tu dah agak kureng.  Pada akula, orang lain aku tak pasti..Entahlah kenape ye..Mungkin sebab semua dah meningkat dewasa kot.  Tapi aku suke sangat time raye ni sebab masa ni lah nak jumpa sepupu sepapat yang setahun sekali je dapat berjumpa.  Taklah jauh sangat KL-Tapah sebenarnya, tapi sebab masing-masing dah kerja, ada komitmen sendiri susahla nak jumpa.  Diorang kat KL duduk dekat-dekat selalu la kumpul kat rumah Pak Long Badar atau Mamak Duan, tapi kitorang di Ipoh ni susahla sikit nak ke sana.  Ade jugak Ayu ajak lepak-lepak kat Kajang, tapi itulah masing-masing sibuk, Angah kadang-kadang Sabtu kena kerja, maklumlah kerja kat hospital ni tak tentu masa.  Aku kalau sorang-sorang tak best jugak kan..Last sekali gi Kajang masa si Yatie bertunang, tu pun aku ngan Angah je, wakilkan mak sebab mak ada aktiviti kat sekolah die.
 
Sempat jugaklah kami beraya kat rumah Mamak Mail ngan Mamak Latif (gelaran mamak ni adalah pakcik dalam bahasa Rawa, bukan mamak maidin yek).  Seperti biasa, anak-anak daro keluarga kami la yang jadi tukang hidang ngan tukang buat air sebab family kitorang kurang perempuan..Takpelah, sekali sekala kan..Lagipun tahun depan ada antara kami yang bakal jadi isteri seseorang..Feel mesti dah tak sama kan..huk huk..

Ok, sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ni, kemaafan dipohon dari semua andainya pernah berlaku silap di mana-mana.  Maklumlah tiada manusia sempurna di dunia ni..Mesti ada terselit buat salah sedar tak sedar pun. Untuk mak, terima kasih masak rendang yang sedap tu walaupun kerisik yang abah beli tu telah men'spoil'kan sikit keenakan rendang daging tu (gemukla gua balik)..

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..

0 ulasan:

Post a Comment