menghitung hari mengumpul sabar
menggunung cita mengharap kenyataan
namun masih begini hari ke hari.
Penganggur itu aku
menunduk malu menahan hampa
seribu janjiku tidak bersapa
sedang budi belum terbela.
Penganggur itu aku
semangat diri kian menipis
memandang diri serba tak punya
ke mana pergi dipandang tiada.
Penganggur itu aku
salah dan benar pada diriku
berat tetap di bahuku
usah menjeling untuk bercerita
usah bercekak untuk bersuara
senyum pahit itu dapat kubaca.
Penganggur itu aku
hari ini masih begitu
segankah sahabat menjadi tamu
aku perlu tahu itu.
ramai orang di sekelilingku sekarang ini..suasana riuh rendah, hiruk pikuk dengan kemeriahan yang pelbagai, penuh dengan gelak senda saudara mara..aku juga turut sama..mengukir senyuman palsu yang sumbing..
entah mengapa masih terasa hening, hambar di sini..terus terang saja, aku merasa amat sepi dan keseorangan pada masa ini..mungkinlah kerana kehilangan 'dia'?
benar, aku cemburu pada mereka di sekeliling yang mesra berpacaran..kebahagiaan terserlah antara mereka..sedangkan aku? masih di sini berteman sepi..
cuba aku mencari cinta hakiki, cinta sejati, tapi usai masih aku terdamar di daerah ini..daerah kelahiran yang amat asing sekarang..aku telah menjadi orang asing di sini..
perasaan kecewa, masih menelusuri lubuk hati..sekalipun air mata tidak lagi membasahi pipi, tapi kadangkala dapat dirasakan perlahan ia mengalir lesu di dalam hati ini..
ya aku kecewa kerana telah bersusah payah mendapatkan segulung ijazah dan akhirnya aku di sini..sedangkan mereka yang lain bekerja seperti tidak bekerja, berpoya di sana sini terus hidup senang lenang tapi aku hidup susah..tak dapat menyumbang apa-apa untuk keluarga..terasa begitu hinanya aku di mata mereka..aku kecewa kerana tiada siapa sudi meminjamkan telinga untuk mendengar suara hati ini..aku sedih kerana mereka tidak peduli akan diriku..aku sedih kerana adik sendiri lebih sibuk melayan boyfriend berbanding darah daging sendiri..
ingin saja aku pergi jauh-jauh dari sini..tapi aku tiada kemampuan untuk berbuat begitu..kadang kala, aku berangan untuk pergi bercuti seorang diri tapi apakan daya, dengan gaji RM300 kerja cashier di Jusco, aku hanya mampu terus bermimpi sedangkan orang lain sudah sampai ke bulan bintang.
tiba-tiba teringat pok diey yang menelefonku beberapa minggu lepas..ya dia seorang 'abang' yang prihatin walaupun agak sewel..dia tahu aku tidak gembira..dia tahu aku kecewa..tapi aku bermati-matian menafikan kerana aku tidak mahu dia tahu kesedihan yang melanda hidup ini..aku takut jika dia dapat membaca fikiranku..aku malu jika dia tahu aku seorang yang lemah jiwanya..bagaimanapun, aku amat berterima kasih pada dia kerana mengambil berat tentang diriku..dia lelaki yang budiman..semoga dia bertemu jodoh dengan wanita yang selayaknya..
saban hari aku menunggu berita baik berkenaan kerja..aku benar-benar berharap aku mendapat pekerjaan yang selayaknya dengan kelulusan aku..namun tidaklah bermakna aku memandang rendah pada kerja sekarang, cuma aku tidak ada minat dengan pekerjaan yang melibatkan duit ini..kalau duit yang hilang kita buat tak apa, ini orang lain yang buat short kita punya gaji yang ditolak..what's for??
aku bertahan kerana aku perlu membayar ansuran kereta..itu saja..maka aku sabarkan hati walaupun kadang-kadang agak menyampah dengan kerenah orang-orang di sini, baik customer, baik cashier..all the same..kerja penat tapi gaji ciput..dan pesan supaya tidak terlalu mempercayai orang membuatkan aku lebih selesa buat hal sendiri di sana..
It's a 1st new year present. But I don't get what I wish. It's more to hit my head with a big stone, or stab me at my heart. I really hope it's just a nightmare, but too bad its not.
Ya, dia yang ditunggu, dia yang dinanti, dia yang dicari selama sepuluh tahun kini telah kutemui - secara maya. Dah lama sebenarnye buat taktik ni..put his full name and google it online. Tapi baru pada hari bersejarah itu telah kutemui jawapannya.
Alhamdulillah..dia dah berjaya. Bekerja di bahagian korporat di JKR Putrajaya. Dan jawatan yang disandangnye ialah Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - jawatan yang entah ke berapa ratus kali kupohon tapi hanya berjaya di bahagian assessment sahaja.
Dia benar-benar telah berubah. Wajah comel dulu berubah menjadi seorang lelaki yang kacak. Tapi bukan rupa yang aku pandang. Sebelum ini pun aku telah menantinya dengan sabar, kehilangannya yang aku kesali aku sulami doa saban hari, semoga bertemu dirinya suatu hari nanti.
Dan di sinilah titik pertemuannya. Pertemuan yang aku impikan yang indah-indah, yang membawa hubungan lebih dari kawan, rupanya malang bagai lautan menghempas perkhabaran ini. Dia, lelaki yang aku kasihi lebih daripada sepuluh tahun telah pun bergelar suami pada tahun lepas, dan baru menimang baby girl pula.
Aku???
Di sini aku telah mensia-siakan separuh dari masa mudaku menunggu sesuatu yang belum pasti. Lamaran dari seorang lelaki yang baik telah aku tolak kerana yakin akan bertemu dia suatu hari nanti. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan??
Malam itu apa yang mampu aku lakukan ialah menangis dan menangis hingga tertidur. Mujurlah Angah tidak ada kerana kerja syif malam. Aku tidak tahu apakah perasaan itu. Perasaan yang paling banyak tentulah KECEWA & SEDIH kerana kehilangan CINTA.
Ya Rabbi, mengapakah ia datang bertimpa-timpa? Sejurus selepas kontrak kerja tidak disambung dan aku masih terkontang-kanting mencari kerja baru, aku dihenyak pula dengan perkhabaran ini hingga tidak mampu lagi hendak berdiri rasanya.
Pada siapa hendak aku kongsikan perasaan ini sekarang? Angah? - Lebih banyak masa untuk 'Ayang' tersayangnya..Jika diceritakan pasti jawapannya "Udahla tu, carilah yang lain.." Angah, jika begitu mudah mencari cinta..Kawan-kawan? Entahla aku rasa tak ada siapa yang mampu memahami perasaan ini. Ija? Tidak perlu lagi aku ganggu dia dengan kisah putus cintaku ini. Teman-teman yang lain pun semuanya sibuk membina keluarga. Pendamkan saja segala rasa sepi ini. Diam dan bisukan saja semuanya..Kelak, lambat laun kau pasti akan lupakan dia.. Bolehkah? Semudah itukah untuk aku melupakan dirinya selepas 10 tahun ini? Ya sekali lagi air mataku jatuh bergenang, berlinangan saat menaip entri ini..
Cukuplah setakat ini. Pencarian ini telah menemukan jawapannya. Jawapan yang terlalu pahit dan amat pedih untuk kuterima. Tak apa, perlahan-lahan aku akan padamkan dia dari memori ini. Memang sukar setelah hari-hari aku tempuhi dengan harapan bersama dia dan akhirnya hancur begitu sahaja? Kenangan? Tak banyak. Poskad yang dia kirimkan telah hilang semasa aku di UiTM dulu. Yang ada cuma nama dan wajah dia di hati ini.
Semoga dia terus berbahagia dengan kerjaya & keluarganya di sana. Wanita itu amat bertuah, berjaya menawan hatinya. Sedangkan aku?? Aku tidak ada dalam sekelumit ingatannya pun, apatah lagi di hati dia..aku GAGAL..
Saat ini aku renung awan gemawan dalam pekat gelapnya malam..Benarkah kelak ada sinar bahagia untuk diriku?
Insya Allah..
I'm just trying to let go..
Selamat tinggal cinta..Noktah..
an angel hurt her wings
she fall down to nowhere
nobody help her there
they saw her but just ignore
angel felt so sad
why no one try to understand and help me??
she had no family, no friend, no love
in this new moon
all that she did just cried
and pray
may she'll find the way back one day
angel
you're beautiful
you're kind
but never smile
since she lost the love
the sun stop shining
the world was silence in darkness
and cold
has she became the snow queen?
which has fragile heart
as she forgot how to be happy
she was at her place
but lose herself
dear god
please bless pity angel
give her some love that never end
to keep the sun shine its brightness
and warmth to the world
to bloom the flowers
so that she can smile again
I asked for strength
and He gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom
and He gave me problems to save
I asked for prosperity
and He gave me brain and energy to work
I asked for courage
and He gave me danger to overcome
I asked for love
and He gave me trouble people to help
I asked for favours
and He gave me opportunities to make it
I received nothing I wanted
But I get everything I needed
Kadang-kadang aku tertanya "Benarkah bahagia itu ada? Benarkah cinta itu ikhlas? Benarkah pandangan itu? Benarkah kamu ini mimpi indah atau sekadar sebuah ilusi yang menghancurkan?"
Berkali-kali kamu menyakiti hati ini, berkali-kali aku mengungkap benci padamu, padahal tidak ada sekelumit pun di dalam hati.
Ah sememangnya wanita amat buta dan tuli bila menyayangi lelaki, namun payah untuk lelaki menghargai cinta wanita untuknya.
Mengapa kamu tak pernah mengerti atau aku yang masih tidak faham-faham?
Pergilah, kerna di saat kamu mula menyedarinya aku telah pun pergi jauh dari kamu..
Macam mana aku nak mulakan setelah lame menyepi dari blog ni kerana dihambat kesibukan..Ya, kebelakangan ni kerja aku banyak..Jangan ingat kerja kat goverment ni goyang kaki ye, sebenarnye tak jugak..
Owh..tak tau macam mana nak mulakan ayat ni..aku sebenarnye amat bengang dengan..Entah kenapa ye kaum lelaki ni suka sangat nak mainkan hati perempuan?!
Mungkinkah aku kalah dengan perasaan sendiri? Atau aku yang tertipu dengan sifat luaran dia yang hanya palsu sebenarnya? Tapi kenapa dia terlalu baik dengan aku? Terlalu mengambil berat tentang diriku? Terlalu 'sweet' bila dengan aku?
Sebenarnya siapa aku di hati dia? Mungkinkah aku sama dengan teman lain yang boleh dia permainkan perasaan? Dan bila tiada tempat bersandar dia kembali mencari aku?
Ya, setiap kali dia perlukan teman bicara, akulah pendengar setianya..Tika dia keresahan kerana sedih ditinggalkan kekasihnya yang tak berhati perut, akulah yang berada di sisinya menenangkan perasaan kecewanya..Bila dia kesempitan akulah yang sedia menghulur tangan untuk membantu..Tapi pernahkah dia berada di sisi ketika aku perlukan seseorang untuk meluahkan sakit di hati?
Berita yang aku terima petang semalam amat menghancurkan hati..Syukur aku masih boleh ketawa sedangkan hati berlagu pilu bila mendengar si dia telah berjumpa pengganti baru..Pagi itu baru sahaja aku gembira kerana dia terlalu mengambil berat tentang diriku..Tetapi setelah itu..Semudah itu? Sepantas itu? Sedangkan selama ini aku yang selalu berada di sampingnya? Tidakkah dia mengerti apa yang tersirat di hati ini setiap kali aku melihat ke arahnya?
Mengertilah aku yang aku ini terlalu bodoh kerana telah sekadar menjadi tempat melepaskan lelahnya ketika dia keletihan dalam mengharungi dugaan hidup ini..Ketika rasa sayang mula singgah di jiwa, dia memusnahkan segala-galanya! Kenapalah aku begitu buta selama ini? Aku tulikan telinga kerana aku percaya dia tidaklah seperti yang dikatakan..Aku sangka dia dah berubah tapi percaturanku silap!
Aku sangkakan Cinderella telah menemui puteranya tetapi tersalah orang! Bagaimana hendak aku melihat wajahnya lagi selepas ini? Bertambah parah hati aku dibuatnya..Ya Allah, bantulah aku supaya boleh terus bersabar & bertahan berada di situ Ya Allah..Hilangkanlah kesedihan di hatiku Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang berkuasa di atas segala sesuatu..
Dan aku takkan tunjukkanku amarah kerana aku tahu segala yang berlaku tetap akan berlaku dimana kudratku Dia yang menentu..Terima kasih awak kerana telah mematahkan sekeping lagi hati..
Lately banyak sangat hal, so tak sempat sangat nak update blog ni. Minggu lepas sibukkan Kak Shima kawen..memang penat giler rasenye, itu baru tolong je..kalau sendiri yang kawen entahlah..
Aku memang salute habis kat Kak Shima sebab wedding ni die yang uruskan sume. Maklumla, arwah Pak Tam dah tak ada, Mak Tam pulak tak berapa sihat sekarang ni. Die pulak anak tunggal, jenuhla tertonggeng-tonggeng wat sorang-sorang. Aku yang tak bape jauh ni pun tulon sikit-sikit je, tu pun last minit..Maklumle bile dah bekerja ni susah sikit nak bergerak. Nak mintak cuti pun punyela payah sebab hari Kak Shima kawen tu ade Hari Kokurikulum kat sekolah aku. Name aku pulak jadi macam-macam, AJK Penginapan la, AJK Senaman Riadah la..tup tup aku takleh menghadirkan diri, cikgu-cikgu tu cam bengang jee..huhuhu...
Alah tahun depan kan ade lagi, nanti aku jagelah budak-budak tu..Lagipun sape lagi yang nak jadi pengapit? Aku jugak...Bukan senang jadi pengapit ni. Aku pakai heels 4 inci pun still takleh sama ngan ketinggian pengantin..Tapi cube tengok, pengapit lelaki tu selebet jee..hish merosakkan gambo tol..Hehehe..
Oh ye, gembira rasenye sebab dapat berkumpul lagi..walaupun penat sebab persiapan di saat akhir, tapi hati ni puas dapat tolong Kak Shima. Oklah tu..Walaupun pada orang lain tak meriah macam kat hotel-hotel tu, tapi majlis ni tetap 'avant garde' pada pandangan mata aku..
Bile majlis dah berakhir, lega rasenye..Maklumla kitorang antara keluarga rapat yang tolong menguruskan wedding ni..Syukur semuanya berjalan lancar walaupun ade cerita yang tak berapa best sebelum majlis pernikahan Kak Shima..tapi tak apelah, semuanye dah berlalu pun..lantaklah orang yang berhati busuk tu..Janji kita tak berhutang apa-apa ngan diorang kan?
Aku rasa Mak Tam mesti gembira sebab dah ada somebody yang jaga Kak Shima. Mungkin Mak Tam boleh consider jumpe dengan Abang Badrul pulak untuk discuss tentang masalah kaki dia..Kesian sangat aku tengok, aku boleh dengar sendi tu berdetup-detap bila Mak Tam nak bangun or duduk. Ntahla aku ni sensitif kalau tengok orang tua..tersentuh hati dibuatnye..Huhuhu..
Apepon, Selamat Pengantin Baru buat Kak Shima dan hubbynye, Abang Cho. Semoga bahagia sampai ke anak cicit ok!
Dah dekat setahun Woha hilang. Kali terakhir nampak die lepas amik Angah dekat Shah Alam. Esok pagi terus hilang tak balik-balik dah.
Puas jugak kami cari Woha. Aku sendiri sampai termimpi-mimpi dalam tido. Yang ralat sangat Woha baru elok dari sakit masa dia hilang tu. Baru je bawak gi klinik sebab die macam ade sindrom 'kelumpuhan sementara'. Tak tau la kene kidnapped ke kot. Nak kata mati tu macam tak boleh terima sebab die dah ok..Lagipun sebelum ni memang ramai yang berkenan kat Woha.. Kucing cantik, pandai, gebu pulak tu macam tuannye..Jadi, aku amat pasti someone telah menculik dan mengurung Woha..Huhuhu..
Kesian Mok dengan Ocek. Jadi anak yatim piatu dah dorang. Mase mak diorang hilang, macam biul sekejap kucing aku 2 ekor ni. Termiau-miau sekeliling umah macam budak kecik..Padahal dah 9 tahun.. Nasib baik neneknye ade jage diorang.. Sape lagi, mak akula, Pn. Salamah... Hehehe
Akhirnya Aidilfitri tiba lagi setelah Ramadhan beransur pergi.. Em, sedih jugak meninggalkan bulan Ramadhan ni maklumlah banyak keistimewaan yang dapat sepanjang bulan mulia ni kan..Tapi masa tetap akan berlalu..
Anyway, tahun ni aku tetap bersyukur sebab tahun ni dapat berkumpul dan beraya kat rumah Mak Tam kat Tapah. Seronok sangat sebab kali ni semua balik. Kalau tak tu, tiap-tiap tahun mesti tak cukup 'korum'. Tambah-tambah ade Pak Su, lagila meriah dan ceria suasana raya tahun ni. Kalau tak tu agak sepi jugak. Dulu masa zaman budak-budak seronok sangat menunggu raya, maklumlah nama pun budak-budak. Macam-macam aktiviti dulu masa kecik-kecik..Kutip duit raya, try baju baru, kasut baru, menyibuk kat dapur (bukan tolong ape, tolong makan je), main bunga api, main mercun sampai terbakar baju raya(Pak Long menjeling je, maklumla Ketua Bomba Negara)..hehehe..tahun ni pun yang selalu berkumpul pun. Bulan Januari tu wedding Abang E, lepas tu engagement si Yatie..kalau tak setahun sekali jelah berjumpa kami.
Sekarang ni kemeriahan raya tu dah agak kureng. Pada akula, orang lain aku tak pasti..Entahlah kenape ye..Mungkin sebab semua dah meningkat dewasa kot. Tapi aku suke sangat time raye ni sebab masa ni lah nak jumpa sepupu sepapat yang setahun sekali je dapat berjumpa. Taklah jauh sangat KL-Tapah sebenarnya, tapi sebab masing-masing dah kerja, ada komitmen sendiri susahla nak jumpa. Diorang kat KL duduk dekat-dekat selalu la kumpul kat rumah Pak Long Badar atau Mamak Duan, tapi kitorang di Ipoh ni susahla sikit nak ke sana. Ade jugak Ayu ajak lepak-lepak kat Kajang, tapi itulah masing-masing sibuk, Angah kadang-kadang Sabtu kena kerja, maklumlah kerja kat hospital ni tak tentu masa. Aku kalau sorang-sorang tak best jugak kan..Last sekali gi Kajang masa si Yatie bertunang, tu pun aku ngan Angah je, wakilkan mak sebab mak ada aktiviti kat sekolah die.
Sempat jugaklah kami beraya kat rumah Mamak Mail ngan Mamak Latif (gelaran mamak ni adalah pakcik dalam bahasa Rawa, bukan mamak maidin yek). Seperti biasa, anak-anak daro keluarga kami la yang jadi tukang hidang ngan tukang buat air sebab family kitorang kurang perempuan..Takpelah, sekali sekala kan..Lagipun tahun depan ada antara kami yang bakal jadi isteri seseorang..Feel mesti dah tak sama kan..huk huk..
Ok, sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ni, kemaafan dipohon dari semua andainya pernah berlaku silap di mana-mana. Maklumlah tiada manusia sempurna di dunia ni..Mesti ada terselit buat salah sedar tak sedar pun. Untuk mak, terima kasih masak rendang yang sedap tu walaupun kerisik yang abah beli tu telah men'spoil'kan sikit keenakan rendang daging tu (gemukla gua balik)..
Seronoknye dah sampai rumah setelah melalui macam-macam dugaan minggu ni..Petang semalam balik dengan housemates aku, si Yanie ngan si Ad. Segala-galanya berjalan dengan lancar (dah banyak kali aku balik dengan Ad, die memang pemandu berhemah), cuma hujan agak lebat, sampaila kat highway Tapah. Guess what? Ade kereta hentam kitorang dari kanan! Padahal kitorang kat lorong belah kiri! Dan Ad takde pulak membelok ke ape! Dahla aku yang duduk kat seat penumpang belah kanan keretanya yang kena langgar tu! Subhanallah! Aku terjerit dalam kereta sebab yang sondol tu lebih besar dari Kancil Ad. Kitorang dah tertolak sampai garisan belang dekat susur keluar ke Tapah. Kalaulah masa tu ada lori ke treler ke kat belakang, entahlah.
Nak dijadikan cerita, ade satu mamat bawak Wira hitam berhenti tepi jalan. Aku mati-mati ingat die sebab aku nampak kete yang langgar kereta kitorang tu kaler hitam. Turun je dari kereta (masing-masing dengan muka yang masih kebingungan) terus aku sound mamat tu. Die macam confuse gak, pastu berlari-lari tengok kereta die. Kitorang punyela bengang, dah langgar kereta orang nak sibuk-sibuk tengok kereta sendiri pulak. Tambah bengang lagi bile die tanye "What happens?" Hai dah langgar orang leh tanya camtu lagi? Aku tunjuk kat die pintu kereta Ad yang dah kemik giler tu. "Camne awak bawak kete?" ceh aku terus menggasak mamat tu sebab aku tengok Ad macam tak tau nak cakap apa..Hilang sebentar ke'ayu'an kerana terlalu geram dan terkejut tahap gaban.
Mamat tu kata dia rasa bukan dia yang langgar sebab kalau dia langgar mesti sekurangnya lampu atau bumper kiri die kemik memandangkan pintu kereta Ad tu memang kemik sangat. Aku soh Ad check kereta mamat tu, betul ke cakap mamat ni, manela tau saje kelentong nak lepaskan diri (aku rasa dia student kot). Kami bertiga meredah hujan lebat nak tengok betul ke tak mamat ni cakap.
Betul la, kereta dia takde apa-apa pun. Mustahil gak sebab hentaman tadi pun kuat, takkan sikit pun tak kemik kan. Dia kata dia pun dengar bunyi hentaman and dia ingat dia yang langgar tapi bukan! Alamak, kitorang dah salah marah orang la! Dia tak bersalah rupanya! Rupanya kitorang ni mangsa langgar larilah!
Dengan muka yang sangatlah malunya kitorang mintak maap kat mamat tu sebab tuduh dia. Nasib baik dia okey, siap tanya lagi ade apa-apa tak yang dia leh tolong?
Dipendekkan cerita, plan nak berbuka puasa dengan family terbantut sebab accident tu. Sudahnye kitorang berbuka kat KFC Tapah je sebab nak kena buat report kat Balai Polis Tapah. Kesian Ad, bapak die sampai datang dari Ipoh sebab risau. Hari tu balik rumah dengan hati yang sebal dan terkejut sebab kene langgar. Alhamdulillah, syukur kitorang semua tak apa-apa.Siap masih boleh bergelak ketawa dalam perjalanan balik walaupun masing-masing still 'trauma' sebab kejadian ni. Ad, jangan risau, bukan salah ko, kereta bodoh tu yang langgar kita..
Macam-macam hal minggu ni. Dimulakan dengan insiden Yanie dan aku jatuh motor dalam sekolah aku dan penutupnya kereta Ad kena sondol dengan kereta hitam bodoh yang aku tak nampak jenis dan nombor platnya. Yang pasti kaler kereta tu hitam. Tak apelah kali ni dia lari, balasan Allah tu lebih adil, cuma cepat atau lambat je. Sabar jelah..Takpelah, dugaan dan cabaran tu membuatkan hati lebih cekal bila mendapat musibah kan? Pasti ada hikmah di sebaliknya..Hanya Allah yang tahu..
Ad, berapa RM terbang kene ketuk balik pintu kereta tu?
Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih aku keje sebagai Fasilitator Schoolnet (FS) kat SK Ulu Slim ni. Mula-mula sampai kat sini, aku dilanda keboringan tahap cipan. Maklumla tempat aku ni letaknye di pedalaman. Maka, bagi aku yang selama ni tak pernah duduk di kampung sebelum ni, macam kena culture shock sikit..Dahla mula-mula sampai aku rase makmal ni macam berhabuk je..Macam lame tak digunakan..Eee seram dibuatnnye kalau tak kuat semangat..Dahla ade yang memomokkan cerita..Hehehe
Kerja FS ni pun mula-mula agak membosankan. Maklumlah dah 2 tahun aku kerja swasta, dah biasa kerja macam nak gila, tiba-tiba got nothing much to do. Mati kutu dibuatnye. Dahla aku ni jenis tak boleh dok diam je..Aku siap offer diri kat cikgu-cikgu ngan kerani sekolah if there's anything i should help..Dalam hati tertanya-tanya "Eh aku ni takkan makan gaji buta kot?" Dahla masa tu fail meja tak ada, dan aku pun tak faham sangat skop kerja FS ni. But from time to time, perlahan-lahan aku mula rasa selesa duduk and keje kat sini. Udara kat kampung ni nyaman je, pagi ngan petang tengok kerbau kambing..Hari minggu pulak layan blues tepi sungai dan macam-macamla aktiviti aku dan housemates aku..Hahaha..Jadi gadis desa sejatila aku..
Aku buat program kelas ICT untuk murid-murid sekolah ni..dan membantu ape-ape yang patut berkaitan dengan ICT sekolah. So far takde masalah, maklumla nak handle budak-budak ni takla teruk macam nak deal ngan adult kan..Cumanye kalau bab-bab teknikal tu aku kurang mahir. Lagipun komputer banyak yang dah kong..Kesian budak-budak ni berebut-rebut nak masuk kelab yang aku buat ni..Anak PK HEM pun sampai nangis-nangis sebab terpaksa aku tolak borang permohonan die nak masuk Kelab Komputer yang aku buat ni disebabkan komputer yang sangatlah limited kat makmal ni..Karang ramai sangat tak jadi pulak..Tapi itulah, kesian..Nantila aku bodek-bodek Guru Besar untuk buat pelupusan. Sebenarnye memang patut dah kena lupus pun sebab yang ni 2002 punya batch.. Kira otai gak la kan..
Herm..pengalaman aku lak, takat ni OKla..Kalau diorang tanye "Kak Miss, kenapa komputer ni tak boleh pasang?", aku check kemudian dengan confidentnya aku jawab "Awak, komputer ni bateri dekat CPU dah kong, awak pakai komputer yang tu ye.." Ceh, bile tanye Cikgu IT, nasib baik betul bateri kat CPU tu dah nyawa-nyawa ikan pun..Emm, seronok juga mengajar budak-budak ni, yelah dulu cita-cita aku cikgu tapi tak kesampaian sebab mak aku rasa aku tak sesuai..lemah gemalai sangat..Sape sangka sekarang walaupun bukan dapat title cikgu secara official tapi orang-orang kampung tetap panggil aku cikgu..Hihihi..Chaiyokk!!!
Lahir pada 9 Januari 1983, membesar & menghabiskan zaman kanak-kanak di Ipoh, pursue study kat Dungun Terengganu,sambung degree di Shah Alam, kerja lalala and now back to my region state, tapi di Slim River. Still struggling to find my own path in this life. Urmm, this blog is my escapism and welcome to my life!