Thursday, May 5, 2011

Penganggur Itu

Penganggur itu aku
menghitung hari mengumpul sabar
menggunung cita mengharap kenyataan
namun masih begini hari ke hari.

Penganggur itu aku
menunduk malu menahan hampa
seribu janjiku tidak bersapa
sedang budi belum terbela.

Penganggur itu aku
semangat diri kian menipis
memandang diri serba tak punya
ke mana pergi dipandang tiada.

Penganggur itu aku
salah dan benar pada diriku
berat tetap di bahuku
usah menjeling untuk bercerita
usah bercekak untuk bersuara
senyum pahit itu dapat kubaca.

Penganggur itu aku
hari ini masih begitu
segankah sahabat menjadi tamu
aku perlu tahu itu.

Wednesday, February 9, 2011

berteman sepi

ramai orang di sekelilingku sekarang ini..suasana riuh rendah, hiruk pikuk dengan kemeriahan yang pelbagai, penuh dengan gelak senda saudara mara..aku juga turut sama..mengukir senyuman palsu yang sumbing..

entah mengapa masih terasa hening, hambar di sini..terus terang saja, aku merasa amat sepi dan keseorangan pada masa ini..mungkinlah kerana kehilangan 'dia'?

benar, aku cemburu pada mereka di sekeliling yang mesra berpacaran..kebahagiaan terserlah antara mereka..sedangkan aku? masih di sini berteman sepi..

cuba aku mencari cinta hakiki, cinta sejati, tapi usai masih aku terdamar di daerah ini..daerah kelahiran yang amat asing sekarang..aku telah menjadi orang asing di sini..

perasaan kecewa, masih menelusuri lubuk hati..sekalipun air mata tidak lagi membasahi pipi, tapi kadangkala dapat dirasakan perlahan ia mengalir lesu di dalam hati ini..

ya aku kecewa kerana telah bersusah payah mendapatkan segulung ijazah dan akhirnya aku di sini..sedangkan mereka yang lain bekerja seperti tidak bekerja, berpoya di sana sini terus hidup senang lenang tapi aku hidup susah..tak dapat menyumbang apa-apa untuk keluarga..terasa begitu hinanya aku di mata mereka..aku kecewa kerana tiada siapa sudi meminjamkan telinga untuk mendengar suara hati ini..aku sedih kerana mereka tidak peduli akan diriku..aku sedih kerana adik sendiri lebih sibuk melayan boyfriend berbanding darah daging sendiri..

ingin saja aku pergi jauh-jauh dari sini..tapi aku tiada kemampuan untuk berbuat begitu..kadang kala, aku berangan untuk pergi bercuti seorang diri tapi apakan daya, dengan gaji RM300 kerja cashier di Jusco, aku hanya mampu terus bermimpi sedangkan orang lain sudah sampai ke bulan bintang.

tiba-tiba teringat pok diey yang menelefonku beberapa minggu lepas..ya dia seorang 'abang' yang prihatin walaupun agak sewel..dia tahu aku tidak gembira..dia tahu aku kecewa..tapi aku bermati-matian menafikan kerana aku tidak mahu dia tahu kesedihan yang melanda hidup ini..aku takut jika dia dapat membaca fikiranku..aku malu jika dia tahu aku seorang yang lemah jiwanya..bagaimanapun, aku amat berterima kasih pada dia kerana mengambil berat tentang diriku..dia lelaki yang budiman..semoga dia bertemu jodoh dengan wanita yang selayaknya..

saban hari aku menunggu berita baik berkenaan kerja..aku benar-benar berharap aku mendapat pekerjaan yang selayaknya dengan kelulusan aku..namun tidaklah bermakna aku memandang rendah pada kerja sekarang, cuma aku tidak ada minat dengan pekerjaan yang melibatkan duit ini..kalau duit yang hilang kita buat tak apa, ini orang lain yang buat short kita punya gaji yang ditolak..what's for??

aku bertahan kerana aku perlu membayar ansuran kereta..itu saja..maka aku sabarkan hati walaupun kadang-kadang agak menyampah dengan kerenah orang-orang di sini, baik customer, baik cashier..all the same..kerja penat tapi gaji ciput..dan pesan supaya tidak terlalu mempercayai orang membuatkan aku lebih selesa buat hal sendiri di sana..

Wednesday, January 5, 2011

letting it all go...

It's a 1st new year present. But I don't get what I wish. It's more to hit my head with a big stone, or stab me at my heart. I really hope it's just a nightmare, but too bad its not.
Ya, dia yang ditunggu, dia yang dinanti, dia yang dicari selama sepuluh tahun kini telah kutemui - secara maya. Dah lama sebenarnye buat taktik ni..put his full name and google it online. Tapi baru pada hari bersejarah itu telah kutemui jawapannya. 
Alhamdulillah..dia dah berjaya. Bekerja di bahagian korporat di JKR Putrajaya. Dan jawatan yang disandangnye ialah Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - jawatan yang entah ke berapa ratus kali kupohon tapi hanya berjaya di bahagian assessment sahaja.
Dia benar-benar telah berubah. Wajah comel dulu berubah menjadi seorang lelaki yang kacak.  Tapi bukan rupa yang aku pandang.  Sebelum ini pun aku telah menantinya dengan sabar, kehilangannya yang aku kesali aku sulami doa saban hari, semoga bertemu dirinya suatu hari nanti.
Dan di sinilah titik pertemuannya. Pertemuan yang aku impikan yang indah-indah, yang membawa hubungan lebih dari kawan, rupanya malang bagai lautan menghempas perkhabaran ini. Dia, lelaki yang aku kasihi lebih daripada sepuluh tahun telah pun bergelar suami pada tahun lepas, dan baru menimang baby girl pula.
 Aku???
Di sini aku telah mensia-siakan separuh dari masa mudaku menunggu sesuatu yang belum pasti.  Lamaran dari seorang lelaki yang baik telah aku tolak kerana yakin akan bertemu dia suatu hari nanti. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan??
Malam itu apa yang mampu aku lakukan ialah menangis dan menangis hingga tertidur. Mujurlah Angah tidak ada kerana kerja syif malam. Aku tidak tahu apakah perasaan itu. Perasaan yang paling banyak tentulah KECEWA & SEDIH kerana kehilangan CINTA.
Ya Rabbi, mengapakah ia datang bertimpa-timpa? Sejurus selepas kontrak kerja tidak disambung dan aku masih terkontang-kanting mencari kerja baru, aku dihenyak pula dengan perkhabaran ini hingga tidak mampu lagi hendak berdiri rasanya.
Pada siapa hendak aku kongsikan perasaan ini sekarang? Angah? - Lebih banyak masa untuk 'Ayang' tersayangnya..Jika diceritakan pasti jawapannya "Udahla tu, carilah yang lain.." Angah, jika begitu mudah mencari cinta..Kawan-kawan? Entahla aku rasa tak ada siapa yang mampu memahami perasaan ini. Ija? Tidak perlu lagi aku ganggu dia dengan kisah putus cintaku ini.  Teman-teman yang lain pun semuanya sibuk membina keluarga.  Pendamkan saja segala rasa sepi ini.  Diam dan bisukan saja semuanya..Kelak, lambat laun kau pasti akan lupakan dia.. Bolehkah? Semudah itukah untuk aku melupakan dirinya selepas 10 tahun ini? Ya sekali lagi air mataku jatuh bergenang, berlinangan saat menaip entri ini..
Cukuplah setakat ini. Pencarian ini telah menemukan jawapannya. Jawapan yang terlalu pahit dan amat pedih untuk kuterima.  Tak apa, perlahan-lahan aku akan padamkan dia dari memori ini.  Memang sukar setelah hari-hari aku tempuhi dengan harapan bersama dia dan akhirnya hancur begitu sahaja?  Kenangan? Tak banyak. Poskad yang dia kirimkan telah hilang semasa aku di UiTM dulu. Yang ada cuma nama dan wajah dia di hati ini.
Semoga dia terus berbahagia dengan kerjaya & keluarganya di sana.  Wanita itu amat bertuah, berjaya menawan hatinya.  Sedangkan aku??  Aku tidak ada dalam sekelumit ingatannya pun, apatah lagi di hati dia..aku GAGAL..
Saat ini aku renung awan gemawan dalam pekat gelapnya malam..Benarkah kelak ada sinar bahagia untuk diriku?
Insya Allah..
I'm just trying to let go..
Selamat tinggal cinta..Noktah..


Monday, January 3, 2011

a fallen angel

an angel hurt her wings
she fall down to nowhere
nobody help her there
they saw her but just ignore
angel felt so sad
why no one try to understand and help me??
she had no family, no friend, no love
in this new moon
all that she did just cried
and pray
may she'll find the way back one day
angel
you're beautiful
you're kind
but never smile
since she lost the love
the sun stop shining
the world was silence in darkness
and cold
has she became the snow queen?
which has fragile heart
as she forgot how to be happy
she was at her place
but lose herself
dear god
please bless pity angel
give her some love that never end
to keep the sun shine its brightness
and warmth to the world
to bloom the flowers
so that she can smile again