Friday, September 18, 2009

I'm Home!

Seronoknye dah sampai rumah setelah melalui macam-macam dugaan minggu ni..Petang semalam balik dengan housemates aku, si Yanie ngan si Ad. Segala-galanya berjalan dengan lancar (dah banyak kali aku balik dengan Ad, die memang pemandu berhemah), cuma hujan agak lebat, sampaila kat highway Tapah.  Guess what? Ade kereta hentam kitorang dari kanan! Padahal kitorang kat lorong belah kiri! Dan Ad takde pulak membelok ke ape! Dahla aku yang duduk kat seat penumpang belah kanan keretanya yang kena langgar tu! Subhanallah! Aku terjerit dalam kereta sebab yang sondol tu lebih besar dari Kancil Ad.  Kitorang dah tertolak sampai garisan belang dekat susur keluar ke Tapah.  Kalaulah masa tu ada lori ke treler ke kat belakang, entahlah.

Nak dijadikan cerita, ade satu mamat bawak Wira hitam berhenti tepi jalan. Aku mati-mati ingat die sebab aku nampak kete yang langgar kereta kitorang tu kaler hitam.  Turun je dari kereta (masing-masing dengan muka yang masih kebingungan) terus aku sound mamat tu.  Die macam confuse gak, pastu berlari-lari tengok kereta die.  Kitorang punyela bengang, dah langgar kereta orang nak sibuk-sibuk tengok kereta sendiri pulak. Tambah bengang lagi bile die tanye "What happens?"  Hai dah langgar orang leh tanya camtu lagi?  Aku tunjuk kat die pintu kereta Ad yang dah kemik giler tu.  "Camne awak bawak kete?" ceh aku terus menggasak mamat tu sebab aku tengok Ad macam tak tau nak cakap apa..Hilang sebentar ke'ayu'an kerana terlalu geram dan terkejut tahap gaban.

Mamat tu kata dia rasa bukan dia yang langgar sebab kalau dia langgar mesti sekurangnya lampu atau bumper kiri die kemik memandangkan pintu kereta Ad tu memang kemik sangat.  Aku soh Ad check kereta mamat tu, betul ke cakap mamat ni, manela tau saje kelentong nak lepaskan diri (aku rasa dia student kot).  Kami bertiga meredah hujan lebat nak tengok betul ke tak mamat ni cakap.

Betul la, kereta dia takde apa-apa pun.  Mustahil gak sebab hentaman tadi pun kuat, takkan sikit pun tak kemik kan.  Dia kata dia pun dengar bunyi hentaman and dia ingat dia yang langgar tapi bukan!  Alamak, kitorang dah salah marah orang la! Dia tak bersalah rupanya!  Rupanya kitorang ni mangsa langgar larilah!

Dengan muka yang sangatlah malunya kitorang mintak maap kat mamat tu sebab tuduh dia.  Nasib baik dia okey, siap tanya lagi ade apa-apa tak yang dia leh tolong?

Dipendekkan cerita, plan nak berbuka puasa dengan family terbantut sebab accident tu.  Sudahnye kitorang berbuka kat KFC Tapah je sebab nak kena buat report kat Balai Polis Tapah.  Kesian Ad, bapak die sampai datang dari Ipoh sebab risau. Hari tu balik rumah dengan hati yang sebal dan terkejut sebab kene langgar.  Alhamdulillah, syukur kitorang semua tak apa-apa.Siap masih boleh bergelak ketawa dalam perjalanan balik walaupun masing-masing still 'trauma' sebab kejadian ni.  Ad, jangan risau, bukan salah ko, kereta bodoh tu yang langgar kita..

Macam-macam hal minggu ni. Dimulakan dengan insiden Yanie dan aku jatuh motor dalam sekolah aku dan penutupnya kereta Ad kena sondol dengan kereta hitam bodoh yang aku tak nampak jenis dan nombor platnya.  Yang pasti kaler kereta tu hitam.  Tak apelah kali ni dia lari, balasan Allah tu lebih adil, cuma cepat atau lambat je.  Sabar jelah..Takpelah, dugaan dan cabaran tu membuatkan hati lebih cekal bila mendapat musibah kan?  Pasti ada hikmah di sebaliknya..Hanya Allah yang tahu..

Ad, berapa RM terbang kene ketuk balik pintu kereta tu?

0 ulasan:

Post a Comment