Tuesday, September 8, 2009

Kerja Oh Kerja..

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih aku keje sebagai Fasilitator Schoolnet (FS) kat SK Ulu Slim ni. Mula-mula sampai kat sini, aku dilanda keboringan tahap cipan. Maklumla tempat aku ni letaknye di pedalaman. Maka, bagi aku yang selama ni tak pernah duduk di kampung sebelum ni, macam kena culture shock sikit..Dahla mula-mula sampai aku rase makmal ni macam berhabuk je..Macam lame tak digunakan..Eee seram dibuatnnye kalau tak kuat semangat..Dahla ade yang memomokkan cerita..Hehehe

Kerja FS ni pun mula-mula agak membosankan.  Maklumlah dah 2 tahun aku kerja swasta, dah biasa kerja macam nak gila, tiba-tiba got nothing much to do. Mati kutu dibuatnye. Dahla aku ni jenis tak boleh dok diam je..Aku siap offer diri kat cikgu-cikgu ngan kerani sekolah if there's anything i should help..Dalam hati tertanya-tanya "Eh aku ni takkan makan gaji buta kot?" Dahla masa tu fail meja tak ada, dan aku pun tak faham sangat skop kerja FS ni. But from time to time, perlahan-lahan aku mula rasa selesa duduk and keje kat sini. Udara kat kampung ni nyaman je, pagi ngan petang tengok kerbau kambing..Hari minggu pulak layan blues tepi sungai dan macam-macamla aktiviti aku dan housemates aku..Hahaha..Jadi gadis desa sejatila aku..

Aku buat program kelas ICT untuk murid-murid sekolah ni..dan membantu ape-ape yang patut berkaitan dengan ICT sekolah. So far takde masalah, maklumla nak handle budak-budak ni takla teruk macam nak deal ngan adult kan..Cumanye kalau bab-bab teknikal tu aku kurang mahir. Lagipun komputer banyak yang dah kong..Kesian budak-budak ni berebut-rebut nak masuk kelab yang aku buat ni..Anak PK HEM pun sampai nangis-nangis sebab terpaksa aku tolak borang permohonan die nak masuk Kelab Komputer yang aku buat ni disebabkan komputer yang sangatlah limited kat makmal ni..Karang ramai sangat tak jadi pulak..Tapi itulah, kesian..Nantila aku bodek-bodek Guru Besar untuk buat pelupusan.  Sebenarnye memang patut dah kena lupus pun sebab yang ni 2002 punya batch..  Kira otai gak la kan..

Herm..pengalaman aku lak, takat ni OKla..Kalau diorang tanye "Kak Miss, kenapa komputer ni tak boleh pasang?", aku check kemudian dengan confidentnya aku jawab "Awak, komputer ni bateri dekat CPU dah kong, awak pakai komputer yang tu ye.." Ceh, bile tanye Cikgu IT, nasib baik betul bateri kat CPU tu dah nyawa-nyawa ikan pun..Emm, seronok juga mengajar budak-budak ni, yelah dulu cita-cita aku cikgu tapi tak kesampaian sebab mak aku rasa aku tak sesuai..lemah gemalai sangat..Sape sangka sekarang walaupun bukan dapat title cikgu secara official tapi orang-orang kampung tetap panggil aku cikgu..Hihihi..Chaiyokk!!!

0 ulasan:

Post a Comment